Mangsa banjir di Kelantan menghampiri 900 orang

Sehingga jam 6 petang tadi seramai 864 mangsa dipindahkan ke 26 PPS yang melibatkan 235 keluarga termasuk 36 bayi dan enam orang kurang upaya.
Sehingga jam 6 petang tadi seramai 864 mangsa dipindahkan ke 26 PPS yang melibatkan 235 keluarga termasuk 36 bayi dan enam orang kurang upaya.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir gelombang kedua di Kelantan terus meningkat menghampiri 900 orang sehingga jam 6 petang ini berbanding 544 mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pagi Sabtu.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan selain Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, satu lagi jajahan terbaharu dilanda banjir ialah di Gua Musang menjadikan empat jajahan sudah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Rabu lalu.

Grafik portal tersebut menunjukkan sehingga jam 6 petang ini seramai 864 mangsa dipindahkan ke 26 PPS yang melibatkan 235 keluarga termasuk 36 bayi dan enam orang kurang upaya.

Daerah paling ramai terkesan ialah Pasir Mas dengan 452 mangsa terdiri daripada 139 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS dan teramai sekali ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kual dengan 97 orang melibatkan 34 keluarga.

Pemindahan mangsa di Pasir Mas menunjukkan peningkatan tiga kali ganda sehingga petang ini berbanding awal pagi tadi sebanyak 154 mangsa dengan hanya empat PPS dibuka.

Diikuti daerah Kuala Krai iaitu tujuh PPS sudah diaktifkan bagi menempatkan 231 mangsa membabitkan 57 keluarga.

Sehingga jam 6 petang tadi seramai 864 mangsa dipindahkan ke 26 PPS yang melibatkan 235 keluarga termasuk 36 bayi dan enam orang kurang upaya.
Sehingga jam 6 petang tadi seramai 864 mangsa dipindahkan ke 26 PPS yang melibatkan 235 keluarga termasuk 36 bayi dan enam orang kurang upaya.

Seterusnya di Tanah Merah pula, jumlah mangsa turut meningkat dengan seramai 168 penduduk membabitkan 37 keluarga ditempatkan di sembilan PPS dan paling tinggi adalah di SMUA Kajang iaitu 60 orang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di Gua Musang satu PPS sudah beroperasi iaitu di SK Limau Kasturi 2 bagi menempatkan kumpulan pertama 13 mangsa banjir terdiri daripada dua keluarga.

Dalam pada itu, bagi bacaan paras air pula tiga sungai sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi Gua Musang, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang.

Paras air di Sungai Galas di Limau Kasturi Gua Musang adalah 59.94 meter (m) (bahaya 59m), sementara Sungai Kelantan di Kuala Krai pula adalah 25.05m (bahaya 25m) dab Subgai Golok di Rantau Panjang, 10.43m (bahaya 9m).

Bacaan di Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah dan Sungai Golok di Jenob sudah melepasi paras amaran serta menghampiri bahaya.

Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu pula sudah melepasi paras berjaga-jaga iaitu 3.39m (berjaga-jaga 3m).

Sungai lain yang masih berada di paras normal iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh (Gua Musang), Sungai Lebir di Tualang (Kuala Krai), Sungai Kelantan di Air Mulih (Pasir Mas), Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Golok di Kuala Jambu di Tumpat.