Jangan sebar maklumat tidak sahih, cetus provokasi

Abu Bakar Yahya menyampaikan sumbangan kepada ibu kepada Muhammad Adib, Asma Aziz yang di serang kumpulan perusuh yang berhimpun sekitar sebuah kuil di USJ 25 awal pagi ini.
Abu Bakar Yahya menyampaikan sumbangan kepada ibu kepada Muhammad Adib, Asma Aziz yang di serang kumpulan perusuh yang berhimpun sekitar sebuah kuil di USJ 25 awal pagi ini.
A
A
A
SUBANG - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebar atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya awal pagi ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, penyebaran maklumat tidak berasas berhubung perkara itu hanya akan menambahkan kekeliruan serta salah faham di kalangan rakyat.

"Saya harap semua pihak tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih apatah lagi membuat sebarang provokasi berhubung kejadian ini. Kita tidak mahu menambah sebarang kemudaratan yang mengeruhkan keadaan sehingga mengundang ketidakstabilan.

"Elok serahkan sahaja kepada pihak berkuasa membuat siasatan berhubung kejadian berkenaan. Biarlah undang-undang yang akan menentukannya," katanya di sini hari ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Abu Bakar yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum itu melawat serta menyerahkan sumbangan kepada ahli keluarga seorang anggota Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang cedera parah dipukul kumpulan perusuh di kuil berkenaan awal pagi ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada ibu kepada Muhammad Adib, Asma Aziz sambil disaksikan abang mangsa, Muhammad Ashraf Mohd. Kassim serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman.

Pada masa sama, Abu Bakar juga turut menyampaikan salam daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selain berharap Muhammad Adib mendapat rawatan yang sewajarnya serta memohon doa kepada Allah SWT agar selamat dan pulih dari kecederaan yang dihadapi.