X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Zoo Negara mula beroperasi hari ini

Hebahan Zoo Negara kembali dibuka bermula hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Zoo Negara dibuka semula kepada pengunjung bermula hari ini selepas ditutup lebih dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Bagaimanapun, dalam perkongsian di Facebook rasmi Zoo Negara semalam memaklumkan, kapasiti pengunjung dihadkan kepada 1,250 orang bagi memudahkan pemantauan.

"Zoo Negara mengikuti perkembangan semasa Covid-19 dalam negara. Berdasarkan penilaian semasa, Zoo Negara dibuka mengikut jadual ditetapkan dengan jumlah pengunjung dikurangkan kepada 1,250 orang pada waktu ini," menurut perkongsian di Facebook Zoo Negara, semalam.

Menurut perkongsian sama, orang awam diminta mengikuti laman web dan sosial media Zoo Negara untuk mendapatkan perkembangan semasa.

Terdahulu, Zoo Negara dihimpit isu kewangan selepas tidak beroperasi semasa pelaksanaan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober lalu.

Situasi itu menyebabkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan untuk menampung kos operasi termasuk gaji kakitangan.

Susulan itu, Timbalan Presidennya Rosly @ Rahmat Ahmat memohon supaya Zoo Negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPB yang mana pihaknya mengemukakan cadangan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penelitian.

Ia termasuk mengehadkan hanya 1,500 pengunjung di lokasi ikon riadah negara itu secara berperingkat pada satu-satu masa, dalam tempoh sehari.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!