PH perlu anjakan politik baharu

Guan Eng, Mohamad
Guan Eng, Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) tidak perlu membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang, sebaliknya memerlukan satu anjakan politik baharu untuk membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, PH perlu mengetepikan bebanan lampau bagi membentuk PH Plus sebagai pakatan yang mantap.

“PH harus berdepan dengan realiti ini, perlunya suatu anjakan politik semula bagi tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama kita pada hari Selasa lalu.

“PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli Parlimen kerajaan oportunis dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperoleh tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN),” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu memaklumkan, undian Belanjawan 2021 baru-baru ini menunjukkan bahawa seramai 108 ahli Parlimen yang menentang PN adalah jumlah sama yang kekal teguh bersama PH sejak bulan Mac lalu.

“Tidak ada satu pun ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH termasuk mereka yang kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jelas ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” katanya.

Terdahulu, belanjawan pertama kerajaan PN diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu apabila Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan:

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan seramai 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.

Dalam pada itu, itu, Mohamad Sabu dan Guan Eng berkata, terdapat banyak sebab untuk membantah Belanjawan 2021.

“Belanjawan pertama PN adalah tidak inklusif dengan banyak sektor terabai terutamanya dalam sektor pendidikan, bantuan kebajikan khasnya kepada penganggur, vaksin dan pencegahan Covid-19, bantuan untuk perindustrian kecil dan sederhana (PKS) dan meminggirkan masyarakat bukan Melayu.

“Kegagalan kerajaan mengurus gelombang ketiga jangkitan Covid-19 telah menyaksikan jumlah jangkitan tertinggi dan diburukkan lagi dengan pengurangan dana Covid-19 daripada RM38 bilion pada tahun 2020 kepada RM17 bilion untuk tahun 2021,” jelas mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Muhyiddin zahir terima kasih kepada MP, sokong Belanjawan 2021