Op Bersepadu Pelesenan Am

A
A
A

Anggota-anggota polis melakukan pemeriksaan pada sebuah rumah dalam Op Bersepadu Pelesenan Am (Sekenhend) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Melaka di Melaka Tengah dan Jasin, hari ini.

Dalam operasi berkenaan, tiga premis yang diperiksa masing-masing dikenakan kompaun di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekenhend 1946 (Akta 189) kerana tidak mempunyai lesen menjalankan perniagaan barang sekenhend, empat Notis Pungutan Larva di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, dua kompaun Pelesenan Tred 2011 Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, dua kompaun Rumah Pembiakan MPJ 2011 kerana memelihara anjing tanpa lesen.

Artikel Berkaitan: