'Sokong Belanjawan tidak semestinya sokong Muhyiddin'

Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan 2021 berjaya diluluskan di Parlimen Isnin lalu.
Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan 2021 berjaya diluluskan di Parlimen Isnin lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat tidak membuktikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh sokongan daripada ahli-ahli Parlimen.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, sebaliknya undi percaya atau undi tidak percaya sahaja yang boleh membuktikan kedudukan sebenar Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan dan menyokong Perdana Menteri adalah dua perkara berbeza sama sekali. Ia tidak boleh diletakkan pada kedudukan yang setara.

“Ahli Parlimen yang menyokong belanjawan kerana memikirkan krisis ekonomi disebabkan Covid-19 dan mereka yang menentang belanjawan juga tidak boleh dikaitkan seolah-olah mempertikaikan arahan Istana,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataannya berkata, kemenangan undi belanjawan memberi gambaran bahawa Perdana Menteri dan Kabinet beliau mendapat kepercayaan majoriti.

Kenyataan Muhammad Rafique
Kenyataan Muhammad Rafique

Bagaimanapun, Muhammad Rafique menegaskan, bahawa ia adalah salah untuk membuat kesimpulan seperti itu.

Beliau juga memetik kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dari Barisan Nasional yang pernah menyatakan sokongannya terhadap belanjawan kerana komitmen mereka demi rakyat bukan menyokong perdana menteri sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, kelulusan peruntukan untuk setiap kementerian yang dibahaskan juga hanyalah dengan majoriti tipis.

“Untuk membuktikan kesahihannya, beban sekarang berada di bahu Perdana Menteri untuk menunjukkan bahawa beliau boleh mengekalkan sokongan daripada 111 Ahli Parlimen. Beban bukan di pihak pembangkang untuk membuktikan mereka mempunyai majoriti.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa Perdana Menteri masih mendapat sokongan majoriti 111 Ahli Parlimen hanya kerana tiada siapa di dalam (blok) pembangkang yang memperoleh jumlah tersebut,” katanya.