Dua lelaki menyamar polis dicekup

Pelbagai kelengkapan polis yang digunakan dalam penyamaran dirampas
Pelbagai kelengkapan polis yang digunakan dalam penyamaran dirampas
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis berjaya ditangkap menerusi dua serbuan di lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suprintendan Norazam Shaari berkata, susulan penahanan kedua-dua suspek,

kelengkapan pakaian seragam serta peralatan-peralatan yang digunakan sewaktu melakukan penyamaran tersebut turut dirampas.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Ulu tiram, Inspektor Noor Hamirul Anuar Nordin selepas menerima maklumat.

"Tangkapan pertama dibuat di susur keluar Petronas Lebuhraya Kota Tinggi-Johor Bahru.

"Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek tangkapan pertama telah berjaya membawa kepada penangkapan suspek kedua iaitu di sebuah Pangsapuri, Majidee Baru," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Pelbagai barangan lain turut dirampas
Pelbagai barangan lain turut dirampas

Norazam berkata, hasil semakan mensapati suspek tangkapan pertama memiliki 25 rekod pelbagai kesalahan lampau serta satu rekod orang yang dikehendaki didalam kes narkotik.

Artikel Berkaitan:

"Manakala, suspek tangkapan kedua pula memiliki 16 rekod pelbagai kesalahan lampau.

"Hasil soal-siasat kedua-dua suspek tangkapan tersebut telah mengakui terlibat dengan beberapa kes penyamaran sebagai anggota polis di kawasan pentadbiran Ulu Tiram dan Desa Cemerlang serta kegiatan memecah cermin kereta di sekitar Johor Bahru," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap untuk disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen170 Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 32(2) Akta Senjatapi 1960 serta Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api 1969.