Remaja dikhuatiri lemas, tersepit celah batu

Bomba menerima makluman mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi di air terjun Kampung Air Hitam, Batu Kurau hari ini. Foto: Ihsan bomba
Bomba menerima makluman mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi di air terjun Kampung Air Hitam, Batu Kurau hari ini. Foto: Ihsan bomba
A
A
A

BATU KURAU - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun disyaki lemas ketika mandi di air terjun Kampung Air Hitam di sini hari ini.

Mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti identitinya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.58 petang.

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah batu di air terjun Kampung Air Hitam, Batu Kurau hari ini. Foto: Ihsan bomba
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah batu di air terjun Kampung Air Hitam, Batu Kurau hari ini. Foto: Ihsan bomba

"Makluman awal yang diterima terdapat mangsa telah tersepit pada celah batu dan mangsa dikhuatiri lemas pada kedalaman kira-kira tiga meter di lokasi tersebut.

"Operasi mengeluarkan mangsa masih diteruskan berikutan anggota berhadapan dengan kesukaran akibat air deras dalam kejadian kepala air," katanya di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL