Covid-19: 3,840 kes di Klang dalam tempoh 14 hari

Info grafik mengenai kes terkini Covid-19 di negeri Selangor. - Foto FB STFC
Info grafik mengenai kes terkini Covid-19 di negeri Selangor. - Foto FB STFC
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,840 kes Covid-19 dilaporkan di daerah Klang dalam tempoh 14 hari sejak 30 November lalu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik dimuat naik di Facebooknya memaklumkan, daripada jumlah itu, 2,094 kes direkod di mukim Kapar manakala 1,746 kes dilaporkan di mukim Klang.

Menurut kenyataan itu, daerah Hulu Langat pula mencatat 1,948 kes manakala Petaling yang menjadi daerah ketiga tertinggi kes Covid-19 di Selangor merekod 859 kes dalam tempoh sama.

"Tujuh daerah di Selangor masih ditakrif sebagai zon merah iaitu Klang, Hulu Langat, Petaling, Gombak (386 kes), Kuala Langat (163 kes), Sepang (128 kes) dan Kuala Selangor (118 kes).

"Dua lagi daerah iaitu Hulu Selangor ditakrif sebagai zon jingga (33 kes) manakala Sabak Bernam yang direkod sebagai zon kuning merekod enam kes sejak 14 hari lalu," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Selangor mencatat 435 kes baharu termasuk dua kes import sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Sebanyak 34 daripada 228 kes baharu dilapor berpunca daripada Kluster Tanjung Suria dan Lestari.

"Sebanyak 116 kes positif pula hasil saringan kontak rapat manakala 89 kes lagi hasil lain-lain saringan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan fizikal,memakai pelitup muka dan basuh tangan secara kerap," menurut kenyataan itu.