PRK Dun Semenyih: Mampukah Uncle Kentang beri saingan?

Kuan Chee Heng
Kuan Chee Heng
A
A
A

SHAH ALAM - Pertandingan sebenar PRK Dun Semenyih, bulan depan, ialah di antara dua parti besar, PH dan BN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, calon Bebas atau parti lain dilihat tak mampu memberikan kesan besar kepada PRK ini.

"Kalau ramai calon bertanding ia cuma mampu memeriahkan suasana sama seperti gemercikan bunga api tapi bersifat sementara walaupun diadakan debat melalui media nasional seperti PRK Cameron Highlands.

ARTIKEL BERKAITAN:

Uncle Kentang umum bertanding PRK Semenyih

PRK Semenyih: 16 Februari, hari penamaan calon, 2 Mac, hari mengundi

"Namun ia perlu digalakkan untuk memeriahkan proses demokrasi negara," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP), Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dun Semenyih.

Artikel Berkaitan:

Uncle Kentang yang juga merupakan seorang aktivis kemasyarakatan amat popular dalam kalangan rakyat, malah merupakan bintang sensasi media sosial.

Mengulas lanjut, Dr Awang berkata, kedudukan sebagai underdog parti-parti lain atau calon Bebas tidak lebih sebagai mewarnakan hari penamaan calon sahaja.

"Kesediaan calon Bebas En Kentang wajar dialu-alukan meskipun dijangka sebagai hanya memanaskan kerusi sahaja," katanya lagi.

Pada 18 Januari lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Semenyih diadakan pada 2 Mac depan dan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari, manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

PRK Dun Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya PH, Bakhtiar Mohd Nor, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14 9 Mei lalu, Bakhtiar menewaskan penyandangnya daripada BN, Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (Pas) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bakhtiar mengalahkan Johan daripada Umno yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

Seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.