X

Kindly register in order to view this article
!

Zakat MAIWP: Semua syor audit akan dilaksanakan

ZULKIFLI MOHAMAD
A
A

KUALA LUMPUR - Segala syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 berhubung kaedah agihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dilaksanakan secepat mungkin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam kenyataan hari ini berkata, beliau akan memastikan setiap sen wang zakat yang dipungut di kesemua Wilayah Persekutuan akan dimanfaatkan kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan syarak.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah satu tanggungjawab saya kepada umat Islam di semua Wilayah Persekutuan, jua amanah daripada Allah SWT kepada saya yang baharu memegang jawatan ini untuk memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meneliti dan mengambil maklum Laporan Ketua Audit Negara 2019 berhubung perkara tersebut.

Khamis lepas, Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 mendapati sebanyak RM14.73 juta wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah tidak digunakan oleh MAIWP bagi tujuan sepatutnya dan yang memerlukan mengikut keutamaan.

Berdasarkan laporan tersebut, bayaran agihan itu disalurkan kepada agensi kebajikan dan ia tidak mengikut maksud asnaf fisabilillah yang sepatutnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!