Hati-hati guna jalan rosak akibat tanah mendap: ADUN Tahan

Keadaan di laluan tersebut yang runtuh sejak Selasa lalu dan makin teruk sejak semalam akibat hujan lebat.
Keadaan di laluan tersebut yang runtuh sejak Selasa lalu dan makin teruk sejak semalam akibat hujan lebat.
A
A
A

JERANTUT- Kerosakan jalan yang menyebabkan sebahagian tanah mendap dan runtuh di laluan antara Felda Padang Piol ke Felda Sungai Retang di sini akan dibaiki pada hari ini.

Situasi tersebut mula berlaku sejak Selasa lalu dan makin teruk sejak semalam akibat hujan lebat dan aliran air yang deras.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Badarddin berkata, kerja-kerja pembaikan akan dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, laluan tersebut juga laluan utama ke pusat pelancongan terkenal,Taman Negara.

"Jadi saya ingin meminta pengguna jalan raya berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang segera mengambil tindakan untuk membaiki kerosakan tersebut," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan: