Tanaman rosak akibat cuaca panas

A
A
A
Petani Alias Awang, 71, memeriksa buah timun yang rosak berikutan cuaca panas ketika tinjauan di Kampung Pak Madah hari ini.

Cuaca panas yang melanda negara membelenggu petani-petani kecil sehinggakan golongan itu terpaksa berhadapan dengan pengurangan pendapatan dan kerugian.

Alias berkata banyak tanaman yang rosak dan tidak membesar dengan baik akibat suhu antara 33 hingga 35 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negara ketika ini masih lagi dałam cuaca panas dan keadaan ini dijangka akan berlanjutan sehingga Ogos.