Ramai nak bantu di PRK Semenyih

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun PRK Semenyih belum bermula, sudah ramai yang menyatakan kesudian untuk membantu kempen Umno/BN.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa di laman sosialnya, hari ini.

"Alhamdulillah. Begitu ramai tenaga Umno/BN dan Pas serta NGO yang mahu sukarela turun berkerja di PRK Semenyih. Luar biasa, saya ucapkan terima kasih," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pihak agar berkempen secara sukarela, bersederhana dan beretika.

"Kita tiada wang ringgit, kita tiada kuasa apa pun. Tapi keikhlasan anda kekuatan kami," katanya.

PRK Dun Semenyih akan berlangsung pada 2 Mac ini setelah wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung, 11 Januari lalu.

Pada PRU14, 9 Mei lalu, Bakhtiar mengetepikan penyandangnya Datuk Johan Abdul Aziz (BN); Mad Shahmiour Mad Kosim (Pas) dan S Arutchelvan daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ketua Bahagian Parti Bersatu Hulu Langat itu mengalahkan Johan, wakil rakyat dua penggal Dun Semenyih, dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

Artikel Berkaitan:

PRK Dun Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU14.