X

Kindly register in order to view this article
!

14 polis Kelantan kena tindakan tatatertib

Shafien
A
A

KOTA BHARU - Seramai 14 anggota polis di negeri ini dikenakan tindakan tatatertib kerana melakukan pelbagai kesalahan sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, daripada jumlah itu, lima membabitkan pegawai kanan dan selebihnya anggota bawahan.

Menurutnya, antara tindakan berkenaan ialah turun pangkat, dibuang kerja, pemotongan gaji, denda dan amaran.

"Sepanjang Januari hingga November sebanyak 53 individu terlibat dengan kesalahan tatatertib," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai salah laku melibatkan anggota polis di negeri ini.

Shafien berkata, baki 39 kes lagi dalam proses siasatan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut 11 individu terlibat dengan jenayah, sembilan berkaitan dadah, tujuh rasuah dan selebihnya kesalahan lain termasuk berkahwin dua tanpa kelulusan.

Tambahnya, siasatan akan dilakukan segera jika berkaitan anggota polis yang membuktikan ketegasan polis terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam dengan jenayah.

"Sepanjang tahun lalu sebanyak 66 kes salah laku melibatkan pegawai dan anggota telah direkodkan," katanya.

Shafien berkata, kes dadah merekod kesalahan tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak 19 kes diikuti kes jenayah sebanyak 17," katanya.

Sinar Harian 8 Disember lalu melaporkan, seorang gadis bersama tunangnya dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka berbogel dan melakukan hubungan seks dalam kereta di kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini, Jumaat lalu.

Lebih malang, aksi ghairah itu turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit selain didakwa mengarahkan gadis berusia 20 tahun tersebut melakukan onani dan memeras ugut pengadu lelaki yang berusia 21 tahun melibatkan wang tunai berjumlah RM1,250.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!