X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

Pas Perak yakin tidak akan ditinggalkan UMNO

A
A

KUALA KANGSAR - Pas Perak akur dengan sebarang keputusan sekiranya tidak dilantik menganggotai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah pimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Saarani Mohamad.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya melihat faktor kredibiliti wakil rakyat yang dipilih dapat berkhidmat sebaiknya untuk rakyat adalah lebih diutamakan.

Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan bahawa semangat setiakawan dan penyatuan ummah antara Pas dan UMNO akan terus kekal.

"Syabas dan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak yang ke-14.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ADUN Perak diperkenan angkat sumpah Exco

"Mengenai pelantikan Exco, itu adalah kuasa Menteri Besar dan kita dimaklumkan pada hari ini hanya lima orang sahaja yang dilantik tidak termasuk Pas. Tapi saya yakin tidak mungkin Menteri Besar akan meninggalkan Pas," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian mengenai pelantikan Exco yang tidak menyenaraikan ADUN daripada Pas.

Terdahulu, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara lima ADUN yang menerima lantikan sebagai Exco hari ini.

Empat yang lain ialah Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota) yang masing-masing mewakili UMNO.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!