APM Johor siap siaga bantu orang ramai

Cai Tung bersama Mat Zin ketika Majlis Perasmian Ops Bantu XVIII, semalam.
Cai Tung bersama Mat Zin ketika Majlis Perasmian Ops Bantu XVIII, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor komited melaksanakan Ops Bantu dan Ops Selamat semasa musim perayaan bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami kecemasan atau kesulitan.

Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya (PA) Mat Zin Bujang berkata, penugasan Ops Bantu XVIII melibatkan dua fasa iaitu pada 3 dan 4 Februari untuk fasa pertama serta 9 dan 10 Februari bagi fasa kedua.

“Penugasan Ops Bantu XVIII APM Johor melibatkan 128 petugas yang mana terdapat dua syif iaitu antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 malam.

“Petugas akan membuat rondaan dan membantu pengguna jalan raya sama ada jalan persekutuan atau negeri yang mengalami kecemasan atau kesusahan semasa perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke bandar sempena musim perayaan,” katanya pada Majlis Perasmian Ops Bantu XVIII APM Johor, di sini, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liow Cai Tung.

Mat Zin berkata, penugasan turut membabitkan tindakan Emergency Response Team (ERT) apabila berlaku kecemasan sama ada selepas mendapat panggilan dan ketika membuat rondaan.

Sementara itu, Cai Tung berkata, APM Johor telah menerima kelulusan naik taraf Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang bagi Fasa 2 berjumlah RM46.4 juta.

Katanya, pembinaan sedang berjalan dan sudah siap 33 peratus.

Artikel Berkaitan: