Polis Selangor kekalkan enam sekatan jalan raya

Polis Selangor mengekalkan enam sekatan jalan raya di kawasan pesisiran pantai melibatkan beberapa daerah di negeri ini sempena Ops Benteng. -Foto Bernama
Polis Selangor mengekalkan enam sekatan jalan raya di kawasan pesisiran pantai melibatkan beberapa daerah di negeri ini sempena Ops Benteng. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor mengekalkan enam sekatan jalan raya di kawasan pesisiran pantai melibatkan beberapa daerah di negeri ini sempena Ops Benteng.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata, sekatan jalan raya itu dijalankan bagi tujuan menghalang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini.

“Susulan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah yang dibenarkan, kita menarik kembali sekatan jalan raya yang diadakan sebelum ini di susur masuk ke lebuh raya di negeri ini.

“Namun terdapat enam sekatan jalan raya yang masih dikekalkan yang memfokuskan kawasan di pesisiran pantai melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Klang Utara sempena Ops Benteng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika kunjungan khas ke Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya bersama memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Kita perhatikan banyak pergerakan rentas negeri dan daerah berlaku sejak akhir ini, kemungkinan orang ramai pulang ke kampung, jadi saya nasihat supaya pergerakan dapat dilakukan sekiranya ada hal yang penting sahaja, kalau tidak lebih baik duduk di rumah.

“Ketika ini menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini daripada menular, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan wabak Covid-19 ini dapat berakhir dengan segera,” katanya.

Artikel Berkaitan: