QFA penuhi keperluan jaminan kerajaan anjur Piala AFC 2027

Persatuan Bolasepak Qatar (QFA)
Persatuan Bolasepak Qatar (QFA)
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Qatar (QFA) hari ini menyerahkan bahagian ketiga bidaannya untuk menganjurkan Piala Asia AFC 2027.

Menurut kenyataan media daripada QFA hari ini, bahagian fail itu mengandungi jaminan kerajaan yang selaras dengan keperluan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk kejayaan sesuatu bidaan.

“Jaminan kerajaan oleh negara Qatar itu merupakan komitmen untuk memenuhi semua syarat peraturan untuk menganjurkan kejohanan tersebut pada piawaian tinggi yang ingin dicapai oleh QFA.

“Jaminan berkenaan memenuhi kelulusan jadual yang telah dibentangkan oleh AF selaku badan pentadbiran kejohanan berkenaan di benua ini.

“Jaminan berkenaan mengesahkan keinginan QFA untuk memenuhi semua keperluan penganjuran; memanfaatkan pengalaman sedia ada dan kepakaran organisasi, yang diperoleh daripada penganjuran pelbagai acara sukan utama selama lebih dua dekad,” menurut kenyataan media berkenaan.

Terdahulu, QFA telah menyerahkan bahagian pertama fail bidaannya pada 26 Ogos, diikuti dengan penyerahan bahagian kedua yang merangkumi keperluan perundangan pada 29 Oktober

Fail berkenaan mengandungi semua aspek penganjuran kejohanan tersebut dan memberi penekanan terhadap keupayaan Qatar dalam menganjurkan acara sukan utama selama ini.

Menurut kenyataan media berkenaan, Qatar yang kini dianggap sebagai hub sukan di rantau ini, bersedia untuk menganjurkan kejohanan berkenaan terutamanya dengan penyertaan 24 pasukan yang akan bertanding dalam 51 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

“Qatar juga memahami bahawa kejohanan 24 pasukan ini, memerlukan persediaan antara lapan hingga 10 stadium pada tahap spesifikasi antarabangsa serta menyediakan kemudahan terbaik untuk pemain, peminat dan rakan kongsinya, sejajar dengan nilai dan kewibawaan antarabangsa Piala Asia AFC 2027.

“Komitmen tersebut adalah sebahagian Visi Nasional Qatar 2030 yang menyokong peningkatan keupayaan negara tersebut dalam semua bidang, dengan bantuan pelaburan besar-besaran dalam tahun mendatang; yang telah terbukti hasil projek mega yang kini sedang dilaksanakan di Qatar,” menurut kenyataan media itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Slot AFC 2021 hadiah bermakna buat TFC

JDT tidak dibenar ke Qatar sertai Liga Juara-Juara AFC