Geopark kebangsaan ketiga Malaysia di Mersing?

Prof Edy (dua, kiri) bersama barisan pakar Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan.
Prof Edy (dua, kiri) bersama barisan pakar Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan.
A
A
A

MERSING - Daerah Mersing bakal menjadi destinasi pelancongan terkemuka negara melalui pengiktirafan sebagai tapak geopark kebangsaan.

Pengarah Pusat Geokejuruteraan Tropika (Geotropik) UTM, Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad berkata, Mersing mempunyai warisan geodiversiti antarabangsa kerana ia tapak lingkaran gunung berapi kuno berusia 300 juta tahun lalu.

“Mersing juga daratan terawal muncul di Nusantara yang selanjutnya mencetus landskap daratan di rantau ini.

Oleh itu, berdasarkan ciri-ciri di atas, Mersing berpotensi tinggi menjadi geopark kebangsaan.

“Melalui inisiatif pembangunan geotapak secara tidak langsung memupuk semangat cintakan wilayah sendiri serta pembangunan sosio ekonomi geopelancongan,” katanya.

Katanya, geopelancongan merupakan produk baru berinovasi memperkenalkan landskap geologi kepada masyarakat berasaskan pelancongan ilmu dan rekreasi.

Prof Edy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Saintifik dan Pemuliharaan Mersing Geopark bertanggungjawab dalam menyediakan dossier dan persediaan pencalonan Mersing Geopark sebagai Geopark Kebangsaan, penyelidikan geotapak, biotapak dan tapak budaya, pendidikan awam dan pembangunan geotrail.

Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Johor, Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Mersing merupakan projek ketiga selepas kejayaan dua geopark kebangsaan iaitu Jerai, Kedah dan Lembah Kinta, Perak pada tahun 2017.