UK beri amaran individu alahan serius elak ambil vaksin Covid-19

Dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin Pfizer-BioNTech pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom. (Gambar hiasan)
Dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin Pfizer-BioNTech pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom. (Gambar hiasan)
A
A
A

LONDON - Penyelia perubatan Britain memberi amaran kepada golongan yang mempunyai alahan serius untuk tidak mengambil suntikan vaksin terhadap Covid-19, vaksin Pfizer-BioNTech.

Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK telah memberi amaran bahawa ia tidak boleh diberikan kepada orang-orang yang mengalami reaksi alergi 'signifikan' pada masa lalu, lapor Reuters.

Sejak dilancarkan Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) mengatakan terdapat dua laporan anafilaksis dan satu laporan kemungkinan reaksi alergi.

Ketua Eksekutif MHRA, June Raine berkata, petang Rabu, dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin buatan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom (UK).

Katanya, golongan itu tidak terlibat dalam ujian klinikal fasa terakhir.

Sebelum ini, Pfizer memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai gejala alahan yang serius tidak akan terlibat sebagai peserta bagi ujian klinikal fasa ketiga dan perkara itu adalah selari dengan protokol kelulusan kecemasan MHRA.

Pada Selasa, Britain telah memulakan program vaksinasi kepada golongan bersasar, termasuk golongan warga emas dan petugas barisan hadapan bagi kegunaan vaksin Pfizer-BioNTech.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam maut ujian percubaan vaksin Pfizer/BioNTech

Artikel Berkaitan:

Individu pertama di dunia terima suntikan Covid-19

UK mula guna vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech minggu depan