Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya

Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak lapan hari lalu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara terakhir ditutup hari ini. - Foto 123RF
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak lapan hari lalu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara terakhir ditutup hari ini. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak lapan hari lalu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.

Sembilan mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Marang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jam 2 petang tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, semua mangsa pulang ke rumah selepas keadaan banjir pulih.

"Dengan penutupan PPS terakhir ini, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) kembali berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut," katanya hari ini.

Terengganu dilanda gelombang ketiga bermula Rabu lalu dengan lebih 2,000 mangsa dipindahkan di semua daerah yang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir gelombang ketiga di Terengganu

Banjir merebak ke Dungun, Setiu

Artikel Berkaitan:

Banjir bertambah buruk di Terengganu

'Banjir kali ini unik, sukar dijangka'