Vaksin China lebih kos efektif, mampu penuhi permintaan global

Vaksin keluaran syarikat China didapati bukan sahaja mampu memenuhi permintaan dunia malah, proses penyimpanan, pengangkutan dan pengedarannya juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Foto 123RF
Vaksin keluaran syarikat China didapati bukan sahaja mampu memenuhi permintaan dunia malah, proses penyimpanan, pengangkutan dan pengedarannya juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Vaksin keluaran syarikat China didapati bukan sahaja mampu memenuhi permintaan dunia malah, proses penyimpanan, pengangkutan dan pengedarannya juga tidak memerlukan kos yang tinggi.

Ia sekali gus dapat memenuhi permintaan khususnya dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Penyelidik kanan kesihatan global Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat (AS),Yanzhong Huang berkata, pengangkutan vaksin buatan China adalah lebih mudah dan kos efektif kerana tidak perlu disejuk dinginkan.

Berbanding keluaran syarikat negara lain, vaksin mesti disimpan pada suhu di bawah sifar semasa proses penghantaran dibuat, sudah tentu ia memerlukan kos yang tinggi dan membebani negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Terdapat negara yang mendakwa tidak mampu untuk membeli vaksin kerana syarat pengangkutan dan pengedaran yang ketat.

Sementara itu, ujian klinikal fasa tiga vaksin oleh China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) dan Sinovac Biotech (SVA) masih dijalankan.

Pada masa ini, dua calon vaksin sedang diuji oleh anak syarikat Sinopharm di sepuluh negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Jordan, Peru, Argentina dan Mesir.

Setakat ini, hampir 50 ribu orang dari 125 buah negara sudah menerima suntikan vaksin itu.

Artikel Berkaitan:

China juga masih terus menerima tempahan daripada banyak negara untuk vaksin dihasilkan Sinopharm. - Bernama