[EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak berakhir hari ini?

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

IPOH - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak dijangka akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Menurut sumber Pas Perak, mereka dijangka akan menghadap Sultan Nazrin sekitar jam 4.30 petang nanti.

Katanya, pertemuan itu akan menyembah maklum keputusan muktamad yang dicapai kedua-dua parti berhubung pembentukan kerajaan Perak.

"Alhamdulillah, kita mencapai kata sepakat. Insya-ALLAH, masalah (pembentukan kerajaan) selesai," katanya ringkas kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam sumber tersebut memaklumkan hari ini pertemuan khas diadakan di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan tersebut diadakan bagi berunding untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak: Tiga presiden PN bincang esok

Artikel Berkaitan: