Ketua Menteri, Exco Melaka cadang potong gaji 10 peratus

Sulaiman Md Ali
Sulaiman Md Ali
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mencadangkan potongan 10 peratus gaji beliau dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri selama setahun bermula tahun depan.

Sulaiman berkata, pemotongan gaji itu akan disalurkan ke Tabung Bencana Negeri sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, kerajaan sedar pandemik yang melanda bukan sahaja menyebabkan ramai bekerja dari rumah, tidak kurang mereka yang berkurangan pendapatan namun lebih memeritkan ada di antara rakyat yang terjejas hingga kehilangan pekerjaan.

"Oleh itu bermula Januari hingga Disember 2021, saya dan semua barisan Exco lain bersepakat dan bersetuju untuk memotong 10 peratus gaji selama setahun.

"Wang itu akan dimasukkan ke dalam Tabung Bencana Negeri untuk membantu rakyat yang terkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: