Isteri Syafiq Ahmad dipindahkan ke HKL

Penyerang pasukan JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 (kiri) bersama isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25 (tengah) yang cedera parah semasa dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Penyerang pasukan JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 (kiri) bersama isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25 (tengah) yang cedera parah semasa dirawat di Hospital Seberang Jaya.
A
A
A

SEBERANG JAYA - [DIKEMASKINI] Isteri penyerang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Perkara itu disahkan bapanya, Ahmad Ibrahim yang memaklumkan menantunya, Nur Amalina Nur Ain, 25, telah dibawa dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini ke HKL kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas nasihat pakar perubatan di HSJ dan keadaan kesihatan Nur Amalina akan terus dipantau oleh pakar di HKL.

“Alhamdulillah keadaan Nur Amalina semakin baik dan stabil. Dia dipindahkan bagi membolehkan pakar-pakar di HKL memantau keadaannya.

“Kami sekeluarga termasuk Muhammad Shafiq turut ke HKL hari ini dan akan bersama Nur Amalina sehingga dia sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syafiq Ahmad selamat jalani pembedahan, kini stabil

Isteri Muhammad Syafiq kucup bayi buat kali terakhir

Isnin lalu, Nur Amalina selamat menjalani pembedahan di bahagian perut di HSJ selepas mengadu kesakitan di bahagian itu dan belakang badannya.

Sementara itu, anak perempuan mereka Aaira Nur Saffiya, 2, turut dibenarkan keluar dari HSJ selepas sembuh daripada kecederaan ringan yang dialami.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Muhammad Syafiq, 25, cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipandunya terlibat dalam kemalangan, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Jawi.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, bayi mereka yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertua Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia Titik Sukamti, 30an maut di tempat kejadian.

Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya hanya mengalami cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Pendang, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

Bapa Syafiq sedih tak sempat jumpa cucu

'Tak sangka yang pulang jenazah mereka berdua'

Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq Ahmad dikebumi di Pendang