Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq Ahmad dikebumi di Pendang

Jenazah Muhammad Aisy dan neneknya, Zainab dibawa ke Pendang untuk dikebumikan.
Jenazah Muhammad Aisy dan neneknya, Zainab dibawa ke Pendang untuk dikebumikan.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad akan dikebumikan di Pendang, Kedah selepas solat Asar petang ini.

Jenazah Muhammad Aisy Saqeef yang baru berusia 22 hari dan neneknya, Zainab Wahab, 45 selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Selesai dimandikan dan dikafankan, kedua-dua jenazah berkenaan dibawa menaiki van jenazah sebelum kenderaan itu bergerak jam 3.30 petang.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Unit Forensik HSB apabila ramai ahli keluarga dan kenalan Muhammad Syafiq turut hadir menanti proses bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Bapa Syafiq sedih tak sempat jumpa cucu

'Kami bersama anda, Syafiq'

Artikel Berkaitan:

Turut kelihatan jurulatih Skuad Kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang menziarahi Muhammad Syafiq.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan, awal pagi tadi.

Jenazah Muhammad Aisy dan neneknya, Zainab selesai dikafankan.
Jenazah Muhammad Aisy dan neneknya, Zainab selesai dikafankan.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.