Pemakaian kasut hitam di sekolah tidak lagi diwajibkan

Murid dibenar memilih sama ada untuk memakai kasut berwarna hitam atau putih serta berstoking mengikut warna kasut. - Foto Bernama
Murid dibenar memilih sama ada untuk memakai kasut berwarna hitam atau putih serta berstoking mengikut warna kasut. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Pelaksanaan mewajibkan pemakaian kasut berwarna hitam di sekolah rendah dan menengah bermula sesi 2021 dibatalkan.

Perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Disember lalu.

Menerusi edaran Surat Pekeliling Iktisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang juga bertarikh 7 Disember, memaklumkan semua murid dibenar memilih sama ada untuk memakai kasut berwarna hitam atau putih serta berstoking mengikut warna kasut.

Surat tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim turut memaklumkan SPI tersebut berkuat kuasa serta-merta.

"Dengan berkuatkuasanya SPI ini, maka Surat Pekeliling Iktisas kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 10 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam Oleh Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 20 November 2018 adalah terbatal," kata surat itu.

Pada 19 Julai 2018, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan kasut di sekolah beransur-ansur mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaji semula kasut hitam, KPM dapatkan pandangan sekolah

Artikel Berkaitan: