Mujur hanya 5 minit

Bayi perempuan terperangkap selepas kereta terkunci secara automatik di pekarangan Pejabat Pos Slim River, hari ini.
Bayi perempuan terperangkap selepas kereta terkunci secara automatik di pekarangan Pejabat Pos Slim River, hari ini.
A
A
A

SLIM RIVER - Kepantasan anggota bomba berjaya menyelamatkan bayi perempuan berusia 3 bulan daripada terperangkap lebih lama dalam sebuah kereta di pekarangan Pejabat Pos Slim River di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu, bayi terbabit terkunci hampir lima minit dalam kenderaan jenis Toyota Vios yang dinaiki bersama ibu bapa dan anak sulung keluarga terbabit.

Ketika kejadian, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam ke Teluk Intan dan singgah ke pejabat pos berkenaan untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Bagaimanapun, kereta itu terkunci secara automatik sebaik sahaja mereka keluar untuk mengambil bayi yang baring di tempat duduk belakang.

Ketua balainya, Fazrul Azuan Norman berkata, sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 petang.

"Setibanya di lokasi terdapat sebuah kereta berwarna perak dalam keadaan enjinnya masih hidup parkir dihadapan pejabat pos itu. Kita dapati bayi tersebut dalam keadaan sedar dan tidak menangis.

"Kami menjalankan operasi dan berjaya menyelamatkan bayi terbabit dalam tempoh dua minit dengan menggunakan peralatan khas," katanya.

Menurutnya, bayi berkenaan dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada ibunya. Operasi tamat pada jam 2.08 petang.

Artikel Berkaitan: