'Tenang, jangan buat spekulasi' - Saarani

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - UMNO Perak meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak membuat andaian berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya memandang serius pelbagai spekulasi dan khabar angin berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik negeri itu.

“Semua pihak diminta supaya bertenang dan tidak membuat andaian berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti.

“Sehubungan itu, sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya akan dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi UMNO Perak,” katanya.

Kemelut politik dalam pembentukan kerajaan negeri berlaku selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang dibentangkan di sidang DUN Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

'Jangan terlalu cepat rai penyingkiran saya'

Saarani hadir mesyuarat khas MT UMNO malam ini

Artikel Berkaitan: