Lebih 140 alami penyakit misteri

Pesakit dikejarkan ke hospital setelah alami penyakit misteri. - Foto ANI
Pesakit dikejarkan ke hospital setelah alami penyakit misteri. - Foto ANI
A
A
A

ELURU - Pegawai di India sedang menyiasat penyakit misteri yang masih belum dikenal pasti hingga mengakibatkan lebih 140 orang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu.

Doktor berkata, kebanyakan pesakit dari Eluru di Andhra Pradesh dan mereka mempunyai pelbagai gejala antaranya berasa mual hingga jatuh dan tidak sedarkan diri.

Media tempatan mengatakan bahawa pesakit sudah menjalani ujian saringan Covid-19 bagaimanapun semuanya negatif.

Seorang pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Eluru memberitahu The Indian Express, para pesakit terutama kanak-kanak tiba-tiba muntah selepas mengadu berasa sakit di bahagian mata dan sebahagian mereka turut pengsan dan mengalami sawan.

Menurut Menteri Kesihatan, Andhra Pradesh Alla Kali Krishna Srinivas, sampel darah pesakit tidak menemui bukti jangkitan virus.

"Kami juga menolak berlaku pencemaran air atau udara sebagai penyebab berlakunya penyakit misteri ini.

"Ini kerana pegawai bertanggungjawab telah pergi ke kampung pesakit namun tidak menjumpai apa-apa.

"Punca kejadian itu masih belum dikenal pasti dan disahkan sehingga keputusan ujian makmal diperoleh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, parti pembangkang daripada Parti Telugu Desam menyarankan para penyelidik menyiasat insiden itu dengan lebih teliti dan dipercayai pencemaran adalah punca berlaku penyakit misteri tersebut.