Jenazah anak, ibu mentua Syafiq selamat dikebumikan

Pemain bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, 25, menyiram air mawar ke pusara anaknya Muhammad Aisy Saqeef Muhammad Syafiq berumur 22 hari, yang dikebumikan dalam satu liang lahad bersama neneknya Zainab Wahab, 45, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing di sini. Foto Bernama

A
A
A

PENDANG - [DIKEMASKINI] Jenazah ibu mentua dan bayi kepada penyerang muda negara, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, dekat sini kira-kira jam 8.25 malam tadi.

Kedua-dua jenazah, Zainab Wahab, 46 dan Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, disemadikan dalam satu liang lahad.

Terdahulu, jenazah tersebut disembahyangkan di rumah keluarga isteri Muhammad Syafiq, Nur Amalina Norain, 25 pada jam 5.55 petang sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Suasana tanah perkuburan pilu apabila Muhammad Syafiq yang juga penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) tiba dengan memangku jenazah anak keduanya bersama jenazah ibu mentuanya.

Jenazah anak pemain bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, yang berusia 22 hari dan jenazah ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, tiba di Kampung Padang Pusing petang ini dari Unit Forensik Hospital Sungai Bakap. Foto Bernama

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, ahli keluarga serta penduduk kampung.

Pagi tadi, Sinar Harian melaporkan Muhammad Syafiq cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 selain ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia Ibu mentua, bayi Muhammad Syafiq selamat dikebumikan 30-an.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Bapa Syafiq sedih tak sempat jumpa cucu

Isteri Muhammad Syafiq kucup bayi buat kali terakhir