Pesakit Covid-19 maut akibat kurang bekalan oksigen

Pakistan kini berdepan gelombang kedua jangkitan Covid-19. - Foto: AFP
Pakistan kini berdepan gelombang kedua jangkitan Covid-19. - Foto: AFP
A
A
A

PESHAWAR - Sekurang-kurangnya enam pesakit Covid-19 maut akibat 'tindakan kecuaian' yang berpunca daripada kekurangan bekalan oksigen di sebuah hospital di barat laut Pakistan ketika negara itu kini bergelut dengan gelombang kedua jangkitan.

Lebih 200 pesakit termasuk hampir 100 pesakit Covid-19 dibiarkan selama beberapa jam dengan bekalan oksigen yang terhad di sebuah hospital kerajaan di Peshawar.

"Kami akan menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," kata Menteri Kesihatan wilayah, Taimur Saleem Jhagra yang mengesahkan kematian itu.

Sementara itu, jurucakap hospital, Farhad Khan berkata, sebuah syarikat pembekal berpusat di Rawalpindi gagal memenuhi permintaan bekalan yang semakin meningkat.

Ketika ini, Pakistan merekodkan lebih 400,000 kes jangkitan termasuk 8,000 kematian sejak wabak itu pertama kali dikesan di negara itu pada akhir Februari lalu.

Lonjakan kes sejak akhir-akhir ini turut menyebabkan kapasiti unit jagaan rapi di seluruh negara juga hampir penuh.

Artikel Berkaitan: