TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Ucapan takziah kepada penyerang muda, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad atas kehilangan ahli keluarga selepas terlibat nahas jalan raya pagi tadi.
Ucapan takziah kepada penyerang muda, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad atas kehilangan ahli keluarga selepas terlibat nahas jalan raya pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada penyerang muda, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam satu nahas jalan raya di Nibong Tebal, Pulau Pinang awal pagi hari ini.

"Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

"Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga," titahnya menerusi hantaran pada laman Facebook baginda.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim



Sementara itu, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Facebook rasmi, Johor Southern Tigers turut mengucapkan takziah kepada Muhammad Syafiq.

"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau.

"Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah," tulis pentadbir Facebook itu.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dilaporkan cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan di Nibong Tebal awal pagi tadi.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

Artikel Berkaitan: