Gempar babi masuk pusat beli-belah

Suasana tenang di sebuah pusat beli-belah Alamanda di sini gempar seketika apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor babi hutan tengah hari tadi.
Suasana tenang di sebuah pusat beli-belah Alamanda di sini gempar seketika apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor babi hutan tengah hari tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suasana tenang di sebuah pusat beli-belah Alamanda di sini gempar seketika apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor babi hutan tengah hari tadi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh netizen, haiwan liar itu dilihat memasuki salah sebuah kedai menjual pakaian di dalam pusat beli-belah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Sebuah jentera bersama anggota digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 12.39 tengah hari.

"Setibanya di lokasi, haiwan liar itu berada dalam sebuah kedai pakaian di dalam pusat beli-belah Alamanda, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja menghalau haiwan berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anggota bomba menghalau seekor babi hutan yang memasuki kedai pakaian di pusat beli-belah Alamanda tengah hari tadi.
Anggota bomba menghalau seekor babi hutan yang memasuki kedai pakaian di pusat beli-belah Alamanda tengah hari tadi.

Katanya, haiwan liar itu berjaya dihalau keluar dari pusat beli-belah berkenaan.

"Babi itu dihalau keluar dan menuju ke arah padang ragbi di Presint 16.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba menghubungi Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya," katanya.