X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur bunuh kenalan berdepan hukuman mati

Mohd Izuan (dua dari kanan) diiringi anggota polis untuk dituduh di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Seorang penganggur berdepan hukuman mati atas tuduhan membunuh kenalannya di sebuah pondok kosong di Jalan Gangsa, Alor Setar kira-kira jam 12 tengah hari pada 18 November lalu.

Tertuduh, Mohd Izuan Ismail, 32, tidak diwakili peguam mengangguk faham di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini, namun pengakuan tidak direkodkan sementara menunggu keputusan bedah siasat dan ujian kimia.

Penganggur tersebut didakwa membunuh Razali Keria, 35, dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum mati.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah membunuh dengan menyebabkan kematian dengan cara menikam dada kiri mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Dalilah Khalib di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor dan mahkamah menetapkan 25 Februari 2021 untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhi berkata, pihaknya telah menangkap tujuh orang membabitkan empat lelaki tempatan, dua lelaki Rohingya dan seorang wanita.

"Kesemua tangkapan berumur antara 30-an hingga 40-an yang mempunyai beberapa rekod lampau jenayah dan dadah.

"Hasil siasatan telah berjaya menyelesaikan kes apabila salah seorang tangkapan itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!