Amanah Perak terbuka bincang bentuk kerajaan negeri

Asmuni Awi
Asmuni Awi
A
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak memberi bayangan untuk sedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam membentuk kerajaan baharu di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, bagaimanapun belum ada perbincangan dengan mana-mana parti politik mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Amanah tidak pernah dihubungi oleh wakil parti politik tertentu untuk mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bagi membentuk kerajaan baharu.

"Setakat ini kita tak ada bincang lagi, masing-masing sibuk menunggu arahan parti, tapi kita terbuka untuk perbincangan.

"Dalam masa terdekat juga Pakatan Harapan (PH) akan berbincang dan kita tengoklah macam mana keadaan," katanya yang juga ADUN Manjoi kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sementara itu, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing berkata, pihaknya juga tidak pernah dihubungi sesiapa untuk memujuk menyokong pembentukan kerajaan baharu di Perak.

Beliau hanya singgah makan dan pulang ke rumah selepas sidang akhbar bersama ADUN PH sesudah tamat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tengah hari tadi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini hilang kepercayaan di dalam DUN Perak selepas undi percaya terhadapnya ditolak majoriti ADUN.

Artikel Berkaitan:

Dalam pengundian belah bahagi itu, Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi menyokong berbanding 48 undi yang menolak usul undi percaya berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Bersatu bersama Pas, PN buat keputusan lanjut

Sultan Nazrin terima menghadap MB, Speaker Perak