Pas tidak sertai pembentukan kerajaan baharu Perak

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Pusat membuat keputusan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas ambil maklum keputusan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berlangsung di dalam Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Menurutnya, seramai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas telah menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik Pas Pusat.

“Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu.

“Bagaimanapun Pas akan terus berperanan dalam masyarakat di peringkat negeri atau nasional,” katanya dalam sebuah kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN:[EKSKLUSIF] ADUN UMNO antara 10 wakil rakyat sokong Peja?

Saya terima dengan reda: MB Perak

MB Perak hilang sokongan majoriti

Artikel Berkaitan: