Pasar raya tiga tingkat terbakar

Pasukan bomba sedang memadam kebakaran di lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba sedang memadam kebakaran di lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba
A
A
A

JEMPOL - Pasukan bomba dan penyelamat ketika ini masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah pasar raya di Bahau yang terbakar sejak petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan hampir 50 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBPD) Bahau, Seri Jempol, Simpang Pertang, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2, Seremban dan Telok Kemang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran berkenaan.

Usaha memadam kebakaran masih diteruskan di lokasi kejadian.
Usaha memadam kebakaran masih diteruskan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun punca kebakaran pasar raya tiga tingkat itu masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.

AKAN MENYUSUL