Polis terima laporan kes kartel daging 'halal'

Gambar kecil: Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Gambar kecil: Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Polis menerima satu laporan berhubung isu penyeludupan daging sejuk beku dan pemalsuan dokumen yang dipercayai dilakukan sebuah gudang pembekal daging sejuk beku.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

"Laporan itu dibuat di Balai Senai, semalam. Laporan berkenaan isu terbabit dan kes itu telah dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, sumber Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata, pihaknya telah menyemak Borang Kastam 1 (K1) dan dapati dua pengimportan melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Tambahnya, pihaknya juga akan bertindak merampas daging sejuk beku yang tidak diikrar di dalam Borang K1.

"Setelah dirujuk dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), hampir 90 peratus daging sejuk beku adalah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana ia adalah larangan mutlak sebab ia dibawa dari negara tidak dibenarkan seperti Ukraine," katanya.



ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Awas, aktiviti seludup masuk daging lembu tidak halal

Maqis tubuh pasukan khas siasat penyeludupan daging sejuk beku

Artikel Berkaitan: