Lebih 400 penduduk Meru jalani saringan Covid-19 percuma

Penduduk sedang menjalani saringan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.
Penduduk sedang menjalani saringan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.
A
A
A

KLANG - Lebih 400 penduduk sekitar Meru menjalani saringan Covid-19 percuma pada program saringan komuniti bersasar yang diadakan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Selgate Corporation Sdn Bhd, Mahdzir Ibrahim berkata, penduduk terlibat adalah dari Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai.

"Saringan kali ini berbeza berbanding sebelumnya kerana menggunakan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan penduduk perlu mendaftar sebelum saringan.

"Penggunaan SElangkah akan berterusan selepas ini supaya keputusan makmal boleh diperoleh secara dalam talian dengan lebih mudah oleh pemegang akaun,” katanya.

Penduduk beratur sebelum menjalani saringan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.
Penduduk beratur sebelum menjalani saringan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program saringan komuniti bersasar di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, Klang hari ini.

Menurutnya, penduduk yang terlibat dalam saringan ini boleh menyemak keputusan melalui aplikasi SElangkah seawal jam 8 malam ini.

"Keputusan dipapar lebih awal berikutan penggunaan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) semasa proses saringan.

Artikel Berkaitan:

“Enam makmal mudah alih disediakan di lokasi saringan untuk melakukan ujian sampel dan keputusan boleh diperoleh dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja," katanya.

Penduduk sedang menjalani saringan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.
Penduduk sedang menjalani saringan di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 400 penduduk dari Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai menjalani saringan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang yang dikendalikan 35 petugas kesihatan Selcare serta Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

ARTIKEL BERKAITAN:Covid-19: Selangor tertinggi, rekod 891 kes