X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Selangor tertinggi, rekod 891 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Selangor mendahului negeri lain dalam kes baharu positif Covid-19 hari ini apabila sebanyak 891 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 795 kes dikesan di Selangor adalah daripada kluster sedia ada.

"Sebanyak 39 kes dikesan semasa saringan kontak rapat kes positif, dua kes import dan 55 merupakan lain-lain saringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Sabah yang sebelum ini menyaksikan peningkatan kes yang tinggi hanya merekodkan 267 kes positif baharu Covid-19.

"Ia terdiri daripada 55 kes kluster sedia ada termasuk 33 kes kluster baharu iaitu Kluster View Kolombong dan Talang-Talang, manakala sebanyak 94 kes lagi dikesan dalam lain-lain saringan," katanya.

Beliau berkata, Negeri Sembilan merekodkan 146 kes baharu yang merupakan 144 kes daripada kluster sedia ada dan dua kes saringan.

Katanya, Johor pula merekodkan 68 kes baharu, selain Pulau Pinang (29), Kuala Lumpur (26), Kedah (21), Perak (13), Kelantan (10) dan Pahang (satu).

"Tiada kes dikesan di Perlis, Pahang, Melaka, Sarawak, Terengganu, Putrajaya dan Labuan pada hari ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!