Di mana Muhammad Afif Faiq?

Hebahan Nur Alert yang dimuat naik di laman Facebook PDRM hari ini.
Hebahan Nur Alert yang dimuat naik di laman Facebook PDRM hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipercayai hilang sekitar Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Setapak Jaya Fasa 1 sejak semalam.

Menerusi hebahan Nur Alert yang dimuat naik di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Afif Faiq Mohd Izmeet Iskandar.

"Kanak-kanak itu berketinggian lebih kurang 131cm, berkulit cerah, berambut lurus pendek dan mata berwarna biru coklat," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan Muhammad Afif boleh berhubung terus dengan balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Abdul Hakeem Abdullah di talian 012-9225687 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289922.

Artikel Berkaitan: