Lelaki ludah pekerja kedai ditahan

Tangkap layar video kejadian lelaki memaki dan meludah seorang wanita tular di media sosial sejak semalam sebelum dia ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Tangkap layar video kejadian lelaki memaki dan meludah seorang wanita tular di media sosial sejak semalam sebelum dia ditahan polis untuk siasatan lanjut.
A
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki berhubung kes memaki dan meludah seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai runcit di Lahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, Bahagian Siasatan Jenayah melakukan siasatan selepas menerima laporan daripada wanita tersebut pada jam 2.50 petang.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam kelmarin, apabila suspek tersebut didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Apabila ditegur, suspek mengeluarkan kata makian dan meludah mangsa menyebabkan pergaduhan hampir tercetus namun, berjaya dihalang oleh pekerja lain," katan

Menurutnya, kejadian itu turut dirakam salah seorang pekerja dan telah tular di media sosial.

"Suspek berusia 47 tahun itu ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan. Suspek mengaku berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah. Suspek dikenakan kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Tambah A Asmadi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menasihatkan orang awam untuk tidak menularkan video rakaman kejadian itu kerana boleh mendatangkan kemudaratan dan menggugat keharmonian kaum selain kes tersebut dianggap selesai.

Video berdurasi 36 saat itu tular di media sosial memaparkan pertengkaran lelaki tersebut selepas ditegur tidak memakai pelitup muka dan tidak menulis maklumat pada buku rekod.