X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak mengaku salah miliki 22 'paintball marker'

Idham (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 22 laras 'paintball marker' menyerupai senjata tiruan, September lalu.
A
A

MELAKA - Seorang bekas pengurus sukan paintball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki 22 laras 'paintball marker' menyerupai senjata tiruan, September lalu.

Idham Ibrahim, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Berdasarkan pertuduhan, Idham didakwa dalam milik dan jagaannya 22 laras senjata paintball yang menyerupai senjata tiruan kira-kira jam 9.20 pagi di Pusat Ekuestrian Hang Jebat di sini pada 12 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari yang mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam, Mawar Nur Izatti Md Zamri memohon jaminan rendah dikenakan dengan alasan anak guamnya ketika itu hanyalah bekerja sebagai pengurus dan bukannya pemilik malah sejak serbuan berkenaan anak guamnya tidak lagi bekerja dan segala kos tanggungan anak termasuk anak yang belajar di universiti terpaksa ditanggung oleh isterinya.

Tambahnya, anak guamnya itu juga perlu membiayai kos rawatan ibunya di pusat alzheimer serta bayaran ansuran pinjaman mereka.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 5 Januari depan untuk serahan dokumen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!