388 saman dikeluarkan sempena Ops Selamat

Trafik perlahan sekitar Guchil berikutan kerja naik aras Jambatan Kenor. Gambar kecil, Wan Fauzi.
Trafik perlahan sekitar Guchil berikutan kerja naik aras Jambatan Kenor. Gambar kecil, Wan Fauzi.
A
A
A

KUALA KRAI - Sebanyak 388 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang Ops Selamat dilancarkan pada 29 Januari hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, sebanyak 169 Saman 257 dikeluarkan dalam tempoh lima hari Ops ini iaitu saman yang dikeluarkan terus kepada pesalah dan ditandatangani.

“Sementara itu, sebanyak 219 saman 170A iaitu saman dikeluarkan terus kepada pesalah dan anggota tidak berhadapan pesalah untuk tandatangan.

“Sepanjang Ops ini berlangsung juga, belum ada kemalangan maut dicatatkan cuma kemalangan melibatkan kecederaan parah,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Fauzi berkata anggota trafik turut bertugas bagi melancarkan trafik di daerah ini berikutan pertambahan mendadak kenderaan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh kepada peraturan jalan raya, jangan memotong di tempat tidak sepatutnya.

“Saya juga berharap pengguna sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya terutama semasa musim Ops Selamat ini,” katanya.

Beliau berkata, pagi semalam trafik lancar di jalan-jalan utama di Kuala Krai kecuali di Guchil.

Artikel Berkaitan:

“Kenderaan bergerak perlahan di laluan ini berikutan kerja naik aras jambatan,laluan lain trafik lancar,” katanya.

Sementara itu, menjelang petang, trafik dari Bukit Sireh ke Telekong bergerak perlahan berikutan kerja-kerja menampal jalan.

Sementara laluan lain trafik bergerak lancar.