X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua nuklear Iran dibunuh dengan mesingan kawalan jauh

Anggota Angkatan Tentera Iran duduk di keliling jenazah Allahyarham Mohsen Fakhrizadeh semasa upacara pengebumian di utara Teheran. - AFP
A
A

TEHERAN - Saintis nuklear terkemuka Iran, Dr Mohsen Fakhrizadeh dipercayai dibunuh dengan mesingan kawalan jauh dikawal sebuah satelit dan diletakkan atas sebuah trak yang berisi bahan letupan, lapor media.

Dakwaan mengejutkan terbaru mengenai kematian Dr Mohsen telah muncul ketika Iran mendakwa senjata digunakan dalam pembunuhan itu adalah buatan Israel.

Agensi berita separa rasmi Iran, Far mendakwa tembakan awal berasal daripada mesingan kawalan jauh yang diletakkan atas trak Nissan yang mempunyai mekanisme pemusnah sendiri.

Stesen televisyen berbahasa Arab, Al-Alam TV melaporkan bahawa senjata digunakan dalam pembunuhan Dr Mohsen 'dikawal satelit'.

Kereta dinaiki Dr Mohsen ditembak dengan mesingan kawalan jauh. - Agensi
Kereta dinaiki Dr Mohsen ditembak dengan mesingan kawalan jauh. - Agensi

Katanya, ia mengumpan Dr Mohsen keluar dari keretanya dan kemudian ditembak sehingga mati dalam operasi selama tiga minit yang membabitkan 12 pembunuh terlatih termasuk penyerang hendap.

ARTIKEL BERKAITAN: AS kembali campur tangan konflik Asia Barat

Pembunuh itu dikatakan sebahagian kumpulan yang terdiri daripada 62 orang yang membantu mengatur serangan waktu siang di Absard, terletak kira-kira 80 kilometer dari timur Teheran pada Jumaat lalu.

Iran hari ini telah bersumpah untuk membalas dendam di atas kematian Dr Mohsen semasa upacara pengebumian yang diadakan di ibu negara itu.

Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) dan dua pegawai perisik memberitahu New York Times bahawa Israel adalah dalang serangan terbabit. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!