Demam denggi terus meningkat di Negeri Sembilan

Nyamuk aedes.
Nyamuk aedes.
A
A
A

SEREMBAN - Kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 37 peratus bagi tempoh Januari hingga 21 November lalu menjadikan bilangan kumulatif kes adalah sebanyak 2,760 kes, berbanding sebelum ini 1,739.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, Seremban merekodkan jumlah kumulatif kes tertinggi iaitu sebanyak 2,366 kes, diikuti Port Dickson (88), Tampin (88), Jempol (70), Rembau (67) dan Kuala Pilah (25).

“Bagi minggu ke-47 iaitu sehingga 21 November, sebanyak 32 kes telah direkodkan di seluruh negeri, kecuali Kuala Pilah dan Rembau sifar kes bagi minggu semasa,” katanya kepada Sinar Harian.

S VEERAPAN
S VEERAPAN

Tambahnya, tiada kematian terbaharu akibat denggi pada minggu itu direkodkan menjadikan jumlah kes kematian kekal lapan orang.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga mengesan 12 lokaliti yang masih aktif di Seremban.

“Aktiviti pencegahan dan kawalan diteruskan pada masa ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan aedes masih lagi dilaksanakan dengan menyasarkan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan serta promosi kesihatan.

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan di kawasan premis masing-masing selama 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes, sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi," katanya.