X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor peribadi Maradona disiasat kemungkinan membunuh

Laporan Sinar Harian 26 November lalu.
A
A

BOGOTA - Doktor peribadi Diego Maradona sedang disiasat kemungkinan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja susulan kematian legenda bola sepak itu, lapor Agensi Anadolu, memetik pendakwaraya Argentina pada Ahad.

Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu di rumahnya di pinggir bandar, Buenos Aires.

Polis menyerbu rumah dan klinik Leopoldo Luque pada Ahad pagi untuk menyiasat sama ada terdapat kecuaian dalam rawatan perubatan Maradona, menurut beberapa media tempatan.

Luke menafikan melakukan sebarang kesalahan.

"Tiada kesalahan perubatan di pihak sesiapa pun. Diego mengalami serangan jantung. Kematian pesakit dalam keadaan seperti itu sering berlaku di dunia. Segala yang mungkin telah dilakukan untuk mencegah kejadian itu," kata Luque di sidang media di rumahnya.

Maradona telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otak pada awal November. Luque telah membenarkannya pulang lapan hari kemudian.

Doktor berkenaan berkata beliau telah melakukan "semua yang termampu, hingga yang mustahil."

"Mereka mengambil sejarah perubatannya dan ujian yang saya lakukan. Peranti elektronik. Pemacu keras yang telah 20 tahun saya miliki. Semua telefon. Sebenarnya saya terkejut, kerana ketika Diego meninggal dunia, saya sudah berada di sana dan pejabat pendakwa telah memulakakan siasatan. Mereka tidak memanggil saya terlebih dahulu untuk mendapatkan keterangan. Saya fikir ini bukan caranya," katanya.

Serbuan itu berlaku selepas keluarga Maradona dilaporkan memberitahu penyiasat terdapat perselisihan antara Maradona dan doktor peribadinya. Luque berkata situasi sedemikian adalah biasa.

"Apa yang saya jelaskan kepada Diego adalah sukar. Berkali-kali dia bantah apa yang saya katakan. Kemudian dia akan hubungi saya semula. "

Siasatan dibuat selepas anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina mempersoalkan ubat yang diberikan kepada ayah mereka. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Diego Maradona meninggal dunia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!