ATM guna kelengkapan kalis peluru jaga sempadan

ATM menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) menyediakan jaket kalis peluru dan ‘helmet’ balistik kepada anggotanya yang melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
ATM menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) menyediakan jaket kalis peluru dan ‘helmet’ balistik kepada anggotanya yang melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) menggunakan kelengkapan khas seperti jaket kalis peluru dan helmet balistik ketika tugasan pengawasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, langkah tersebut merupakan usaha mencegah risiko kecederaan terhadap anggota yang bertugas sekiranya mereka ditembak kumpulan penyeludup.

“Kita ambil serius soal keselamatan susulan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak oleh kumpulan penyeludup ketika sedang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Perlis baru-baru ini,” katanya semalam.

ATM menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menerusi rondaan agresif yang dilakukan oleh pasukan berkenaan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah dan penyeludupan.

Zamsari berkata, selain itu anggota juga turut dibekalkan dengan kelengkapan lain bagi memastikan keselamatan berada pada tahap terbaik.

“ATM sama sekali tidak akan berganjak malah akan terus berdiri teguh bagi memastikan kedaulatan negara terus kukuh daripada sebarang ancaman.

“Anggota tambahan dari Platun Siap Sedia juga turut digerakkan sekiranya berdepan ancaman luar jangka,” katanya.

Katanya, dron turut digunakan untuk mengenalpasti ancaman dan mengesan pergerakan penyeludup sekaligus memudahkan lagi operasi dijalankan.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga telah kenal pasti lokasi-lokasi panas yang sering menjadi laluan penyeludup untuk melakukan kegiatan haram mereka,” katanya.